Acara Hari Keluarga Sekolah Minggu KUBM-SFA 2025
- Nicholas Wong
- Dec 5, 2025
- 1 min read
Tarikh: 29/NOV/2025 (Sabtu)
Masa: 9.00am – 3.00pm
Tempat: Tempat letak kereta berbumbung (SFA)
Hari Keluarga Sekolah Minggu KUBM-SFA ialah kesempatan untuk keluarga-IbuBapa, anak-anak, dan para katekis berkumpul dalam semangat iman dan kasih. Melalui aktiviti dan pergaulan bersama, anak-anak belajar mengenali kasih Tuhan, sementara ibu bapa diteguhkan dalam tugas membimbing mereka dalam iman.
Acara ini mengingatkan kita bahawa keluarga adalah “Gereja Kecil” yang memupuk doa, nilai hidup Kristian, dan hubungan kasih dalam kehidupan harian. Semoga acara ini menguatkan setiap keluarga agar terus bersatu dan menjadi saksi kasih Kristus dalam komuniti.

