top of page

News & Articles

Search

Dari Kita, Oleh Kita & Untuk Kita - Dalam Kasih Kristus.

5 JUL 2025 (SABTU) - (Hospitality Ministry KUBM SFA) telah mengadakan Pembinaan (Formation) Dan Pembaharuan Pelayan Mesra/Warden KUBM SFA di bawah payung Komisi Liturgi.


Tema Rekoleksi Pelayan Mesra KUBM SFA bertemakan ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ข๐ญ๐š, ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐Š๐ข๐ญ๐š & ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐ข๐ญ๐š - ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐Š๐ซ๐ข๐ฌ๐ญ๐ฎ๐ฌ.


Pembinaan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, memberikan pengisian rohani buat ahli Pelayan Mesra yang baharu dan juga yang lama serta memantapkan lagi peranan dan ciri-ciri sebagai seorang Pelayan Mesra/warden, terutama sekali sebelum, semasa dan selesai perayaan Ekaristi. Penceramah utama yang dijemput adalah Friar Tony Bingkuan OFMCap.


Jumlah peserta yang menyertai Pembinaan dan Pembaharuan Pelayan Mesra ini adalah seramai 26 orang yang terdiri dari ahli pelayan Mesra yang lama dan yang baharu.


Hasil dari Pembinaan ini, semua peserta telah memperolehi, mengetahui dan menyuntik semangat untuk melaksanakan tugas yang ahlinya terpanggil untuk melayani gerejaNya sebagai Pelayan Mesra.


Disediakan oleh: Verena Esther Aloysius (Ketua Pelayan Mesra KUBM SFA)


ย 
ย 
bottom of page