Majlis Penutup & Kesyukuran Sekolah Minggu KUBM-SFA 2025
- Nicholas Wong
- 2 days ago
- 1 min read
Tarikh: 30/NOV/2025 (Ahad)
Masa: 3.00pm – 7.00pm
Tempat: Dewan St.John Paul II SFA)
Majlis Penutup & Kesyukuran Sekolah Minggu KUBM-SFA diraikan dengan penuh syukur atas penyertaan Tuhan sepanjang tahun pembelajaran iman. Selain anak-anak Tadika SM mempersembahkan satu nyanyian lagu dan beberapa tarian mengikut retak lagu rohani, Ibu Bapa serta para katekis turut mempersembahkan nyanyian & tarian. Sementara para katekis menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid atas komitmen mereka, majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada semua anak-anak SM dan hadiah pemenang bagi acara Hari Keluarga SM-KUBM.
Majlis ini mengingatkan umat bahawa pengajaran iman tidak berakhir di sini, tetapi diteruskan dalam keluarga dan kehidupan harian. Semoga anak-anak SM terus bertumbuh dalam kasih Kristus dan menjadi terang di mana sahaja mereka berada. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Paderi Paroki Fr. Paul Cheong OFM Cap. dan Pengerusi KUBM-SFA Saudara Nixon Ng Bujang, serta seorang paderi dari Indonesia Fr. Heribertus Harianja OFM Cap.



