top of page

News & Articles

Pembentukan Perwarta Sabda KUBM SFA

Sabtu, 15 Jun 2024 - Lektor (Pewarta), Komentator, dan Pemazmur KUBM SFA telah mengadakan Pembinaan (Formation) dan Pembaharuan di Bawah payung Komisi Liturgi.


Pembinaan yang dihadiri seramai 40 orang ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan bagi para Pewarta baharu dan penyegaran bagi Pewarta lama. Rev Fr. Valentine Gompok OFM Cap dan Brother Marthin Stevens OFM Cap adalah dua penceramah utama dalam pembinaan yang berlangsung dari pukul 09.00 pagi ini.


Rev Fr. Valentine Gompok OFM Cap mengingatkan pentingnya peranan seorang pewarta dalam perayaan misa, ialah sebagai Juru Bicara Allah untuk menyampaikan pesan dan firman Allah.


Demikian juga firmanku yang keluar dari mulut - Ku... mencapai maksud yang Kusuruhkan kepadanya (Yes. 55 : 11)




bottom of page