top of page

News & Articles

Search

Sambutan Meriah KAGAPE 2026 di Gereja St. Francis of Assisi

  • 4 hours ago
  • 1 min read

Pada 28 Jun 2026, Gereja St. Francis of Assisi telah meraikan KAGAPE KUBM-SFA 2026 dengan tema "Harmoni Bersama Ciptaan Tuhan."


Sambutan kali ini menghimpunkan kira-kira 500 orang umat, termasuk kehadiran umat dari beberapa paroki lain yang turut bersama-sama memeriahkan acara.


Antara tetamu kehormat yang hadir ialah:


  • Fr Paul Cheong – Paderi Paroki

  • Fr Gilbert James – Capuchin Friar (Custos)

  • Fr Ravi Alexander – Capuchin Friar

  • Br. Tony Bingkuan – Capuchin Friar

  • Br. Joshua Yong – Capuchin Friar

  • Br. Simon Tan – Capuchin Postulant

  • Nixon Ng Bujang – PCC Chairperson

  • Fredolin Majin – KUBM Leader

  • Danny Nesan – PPC Chairperson

  • Anita Raj – BECCOT Leader

  • Micheal Anak Untan – Pengerusi KAGAPE 2026


Majlis dimulakan dengan upacara perasmian, diikuti pelbagai persembahan kebudayaan serta pertandingan seperti Bintang Budaya KAGAPE, Suara Emas KAGAPE, dan pertandingan menyumpit. Sambutan turut diserikan dengan cabutan bertuah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua umat, para sukarelawan, penganjur serta setiap individu yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha dalam menjayakan KAGAPE KUBM-SFA 2026. Semoga semangat keharmonian, perpaduan dan persaudaraan yang diraikan terus mekar dalam komuniti kita.


Jumpa lagi di KAGAPE akan datang!


 
 
bottom of page