top of page

News & Articles

Pembinaan dan Pembaharuan Pelayan Mesra Warden KUBM

11 Mei 2024 (SABTU) - (Hospitality Ministry KUBM SFA) telah mengadakan Pembinaan (Formation) Dan Pembaharuan Pelayan Mesra/Warden KUBM SFA di bawah payung Komisi Liturgi.


Pembinaan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, memberikan pengisian rohani buat ahli Pelayan Mesra yang baharu dan juga yang lama serta memantapkan lagi peranan dan ciri-ciri sebagai seorang Pelayan Mesra/warden, terutama sekali sebelum, semasa dan selesai perayaan Ekaristi.


Penceramah utama yang dijemput adalah Rev Fr. Valentine Gompok OFM Cap (Custos) dan Brother Martin OFM Cap.


Jumlah peserta yang menyertai Pembinaan dan Pembaharuan Pelayan Mesra ini adalah seramai 40 yang terdiri dari ahli pelayan Mesra yang lama dan yang baharu.


Turut menyertai pembinaan ini adalah Penyelaras Liturgi BM sdra. Ronald Premus.


Hasil dari Pembinaan ini, semua peserta telah memperolehi, mengetahui dan menyuntik semangat untuk melaksanakan tugas yang ahlinya terpanggil untuk melayani gerejaNya sebagai Pelayan Mesra.




コメント


bottom of page